Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pelajar PPKI Diberi Pendedahan Tentang Dasar Kerajaan

By 10 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution

SEREMBAN, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah diberi pendedahan mengenai dasar dan inisiatif kerajaan kepada komuniti orang Kurang Upaya (OKU) sempena Seminar MyCekap ‘Kesedaran Awam dan Penghakupayaan OKU’ diadakan di Seremban Prima hari ini.

Menurut Ketua Unit Cawangan Komunikasi Penghakupayaan OKU (CKPOKU), Jabatan Penerangan Malaysia Ruziah Ghazali fungsi cawangan ini adalah untuk menyampai dan menterjemahkan dasar kerajaan kepada komuniti OKU menerusi medium komunikasi strategik dalam pembentukan masyarakat yang inklusif.

“Seminar MyCekap pada hari ini dilihat telah berjaya memberi pendidikan dan kesedaran mengenai peluang pendidikan, pekerjaan, aksesibiliti dan lain-lain inisiatif kerajaan kepada komuniti OKU,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda