Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

10 Ribu Langkah Bersama Anak Muda

By 10 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

KOTA LAKSAMANA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Cuaca panas terik bukan menjadi penghalang kepada golongan anak muda untuk menyertai Program 10 Ribu Langkah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana di Kampung Morten, di sini pagi tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Laksamana, Low Chee Leong, kesihatan diri antara rahmat kehidupan yang tidak boleh dijual beli.

“Program ini bermatlamat untuk membantu dan menyuntik semula amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak muda serta masyarakat setempat.

“Program santai bersama anak muda menjadi satu titik permulaan kepada setiap lapisan masyarakat bagi mempraktikkan gaya hidup sihat dengan meluangkan masa untuk bersenam dengan ahli keluarga bagi melahirkan masyarakat yang lebih harmoni serta sihat tubuh badan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda