Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Penduduk Kampung Diberi Pendedahan Tentang MAPO

By 17 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/ Affandi Yusran Suhadi

PADANG BESAR, 17 Jun (Malaysiaktif) – Penduduk Kampung Batu 16 dan sekitar Wang Kelian, di sini pagi tadi telah diberikan pendedahan mengenai Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO).

“Pendedahan maklumat seperti ini amat penting kepada setiap individu dan sentiasa membantu pihak berkuasa untuk menjadi mata dan telinga dalam melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan dalam kawasan sekitar mereka,” kata Inspektor Azizul Ahmad, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.

“Saya berharap maklumat yang diterima penduduk disebar luas kepada keluarga terdekat, masyarakat sekeliling serta orang awam bagi memberi kesedaran tentang MAPO supaya setiap warganegara mempunyai rasa tanggungjawab untuk bersama membantu membanteras aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia,“ katanya.

Program yang dianjurkan oleh Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Negeri Perlis dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dihadiri 100 orang peserta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda