Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Peranan Penternak Amat Penting Bagi Memastikan Keterjaminan Bekalan Makanan Negara

By 22 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 67 orang menerima pelbagai insentif daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi merancakkan lagi industri ternakan lembu bagi seluruh negeri Johor.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor Dr Maria Jamil, berkata program Bantuan Ternakan Ruminan merupakan program yang menggantikan Program Penternakan Rakyat Ruminan (PPRN).

“Menerusi program ini kerajaan menggalakkan aktiviti pembiakan ternakan ruminan dalam usaha meningkatkan populasi ternakan bagi menampung keperluan penduduk negeri Johor.

“Menjadi harapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar melalui bantuan yang disalurkan ini dapat diterjemahkan kepada bentuk kerjasama yang baik dan bukan sekadar untuk atas kapasiti keperluan penternak sahaja tetapi ia juga meliputi ruang lingkup yang besar iaitu bagi menjamin sekuriti makanan negara,” ujarnya.

Majlis Penyampaian Insentif Ternakan Lembu Pedaging Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor di perkarangan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Segamat, kelmarin turut menyerahkan cek cura kepada wakil penternak di Parlimen Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Datuk Zahari Sarip, berkata kerajaan mensasarkan peningkatan populasi ternakan ini setiap tahun sehingga 102,863 ekor lembu pedaging menjelang tahun 2027 bagi mencapai 50 peratus tahap sara diri untuk menjamin bekalan makanan dalam negara.

Menurutnya kerajaan negeri telah membelanjakan RM462,060 untuk perolehan 85 ekor lembu pedaging kacukan yang diagihkan kepada 17 orang penerima yang terdiri daripada penternak berskala kecil dan sederhana yang dipilih melalui satu mekanisme yang telus oleh pihak jabatan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah Saraswati dan Penolong Pegawai Daerah Segamat Norhadirah Mohd Sharif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda