Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Inovasi Kreatif Tingkat Kemahiran Generasi Muda

By 22 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hanizatul Azwa/Muhamad Amsyar (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 25 pasukan merangkumi 75 orang peserta daripada 12 buah Kolej Komuniti hadir bagi mempamerkan projek tahun akhir masing-masing sempena Program Projek Alam Bina (ProAIBi) 2023 di Dewan Bandaran Teluk Intan, semalam.

Program anjuran Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Kolej Komuniti Teluk Intan ini julung kali diadakan dengan membawa tema ‘Alam Bina Didorong Industri’.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kurikulum JPPKK Ts. Mohd Arami Md Jais berkata program ini merupakan kaedah terbaik untuk menarik minat pelajar dan mengasah bakat mereka.

“Selain mendorong pelajar untuk menghasilkan inovasi yang kreatif seterusnya meningkatkan kualiti kerja, program ini juga mendidik pelajar untuk memberikan solusi yang berkesan kepada masalah yang timbul serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, pelajar dari Kolej Komuniti Bentong, Syaqirul Haiqal Khairul Azhar, 19, berkata kumpulannya telah menghasilkan satu projek yang dinamakan ‘TOS-PIN’ iaitu tong sampah yang telah diinovasikan.

“Kos untuk menyiapkan projek ini menelan belanja sebanyak RM350. Apa yang saya dan rakan dapat belajar tentang inovasi ini adalah keupayaan mempamerkan kecekapan dan kemahiran serta menambah ilmu pengetahuan seseorang pelajar,” katanya.

ProAIBi 2023 telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK Mohd Noor Shahudin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda