Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pesta Durian Pulau Pinang Tarik 50,000 Pengunjung

By 20 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazlia Naim/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati sendiri kelazatan durian Musang King, Hati Merah, Ang Hae, Ho Lor, Gan Ja dan Duri Hitam di Program Love Penang Agrofest @ Pesta Mengkuang 2023.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 Jun di tapak Projek Pembinaan Masjid Mengkuang Titi itu berjaya menarik lebih 50,000 pengunjung dengan kutipan jualan melebihi RM1 juta.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr. Norlela Ariffin, program ini merupakan kesinambungan program anjuran kerajaan negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Penang Agrofest.

Antara aktiviti menarik ialah penganjuran Pesta Durian Pulau Pinang yang menawarkan harga durian istimewa untuk rakyat negeri Pulau Pinang serta para pelancong.

Pada tahun ini, pertandingan durian pula telah mencatatkan penyertaan seramai 118 peserta yang bertanding dalam pelbagai kategori.

“Antara pertandingan yang dijalankan ialah Pertandingan Durian Klon Terbaik 2023, Juara Antara Juara Durian Wilayah Utara, Pertandingan Durian Kampung Terbaik, Pertandingan Memasak Pengat Durian dan Jus Durian,” katanya.

Tambah Norlela, objektif utama jualan ini adalah untuk memastikan barang-barang yang dijual sampai secara terus kepada golongan sasar.

“Kami berharap, jualan seumpama ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup,” ujarnya.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak telah menyempurnakan majlis penutupan program pada hari terakhir program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda