Laporan/foto: Azree Zaki/Emran Ismail
RAUB, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Bantuan dan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedikit sebanyak menceriakan penerima menjelang sambutan Aidiladha nanti.
Salah seorang penerima, Siti Zuraedah Kamarudin, 25, dari Felda Krau 1 bersyukur atas sumbangan yang diterima.
“Terima kasih MUIP Cawangan Raub atas sumbangan dan bantuan sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma,” ujarnya.
Manakala, wakil daripada Pejabat Agama Daerah Raub Ustaz Badrul Khelmi Ismail menzahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama meraikan para asnaf dan anak-anak yatim dalam majlis ini.
“Semoga sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para penerima,” ujarnya.
Seramai 11 orang asnaf dan sembilan orang anak yatim menerima sumbangan zakat bagi kawasan Felda Krau 1.
-ZS-