Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Warga Pagoh Terima Bantuan Menjelang Hari Raya Aidiladha

By 26 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 799 orang telah menerima Bantuan Kewangan Keperluan Asas (BKKA) dan 485 orang menerima sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Kompleks Belia dan Sukan Pagoh, di sini pagi tadi.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Pengangkutan dan Infrastruktur Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh kepada warga dari tiga mukim dalam Dewan Undangan Negeri Pagoh yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir.

Salah seorang penerima, Muhammad Bakri Tarom, 59, berkata penyampaian sumbangan BKKA ini begitu bermakna buat beliau dan keluarganya kerana sambutan perayaan Aidiladha yang bakal kunjung tiba tiga hari lagi.

“Dengan wang tersebut dapatlah saya membuat persiapan dan membeli barang-barang basah bagi menyambut AidilAdha. Pada Aidilfitri yang lepas saya hanya mampu menyambut secara sederhana memandangkan rumah masih belum siap dikemas pada ketika itu,” ujarnya.

Setiap penerima BKKA menerima wang tunai sebanyak RM2,500 bagi setiap isi rumah dan penerima BWI menerima wang tunai sebanyak RM1,300.

Turut hadir Pegawai Daerah Muar Tuan Hj. Hasrin Kamal Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda