Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)
TAWAU, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Penglibatan dan sumbangan pelajar dalam program bersama komuniti mampu melahirkan modal insan yang dapat memimpin generasi masa depan.
Menurut Pengarah Politeknik Sandakan Sabah Mohd Sani Said penganjuran program Lestari-Komuniti 2.0 Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Balung Cocos, Tawau mampu menghasilkan graduan berkualiti.
“Program ini bertujuan memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam kumpulan dengan aktiviti yang dijalankan bersama komuniti angkat.
“Antara aktiviti program ini adalah pengenalan kepada suku kaum Cocos, Ikhtiar Rahmah dan Pelepasan Benih Ikan di Tagal Sungai Mek Ros,” katanya ketika berucap aluan pada majlis perasmian penutupan program tersebut, di sini semalam.
Beliau berharap aktiviti tersebut mampu menerapkan nilai kepimpinan yang efektif dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.
“Sekali gus mempraktikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah yang dipelajari sepanjang berada di Politeknik Sandakan Sabah,” katanya.
-ZS-