Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KBS Naik Taraf Prasarana Sukan di Perlis

By 8 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan beberapa infrastruktur lengkap untuk manfaat warga negeri Perlis khususnya golongan belia di negeri ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, berkata beberapa projek telah dilaksanakan seperti menaik taraf infrastruktur Stadium Tuanku Syed Putra dengan kos bernilai RM8 juta.

“KBS juga meluluskan peruntukan untuk membina padang bola sepak sintetik yang bernilai RM3.8 juta di kompleks tersebut dan bagi anak muda Perlis yang meminati sukan ‘motorcross’ pula, sebanyak RM400 ribu telah diluluskan untuk menarik taraf litar motorcross di Sungai Batu Pahat Perlis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis di Pusat Tranformasi Bandar (UTC), di sini petang tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda