Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Wacana Segar Lahirkan Generasi Pemikir yang Versatil dan Kritis – Anwar

By 8 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Sures Maniam/Fatin Nabila Muktar (Kubang Pasu)

JITRA, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar anak muda dan universiti terus berwacana, berfikir dan membaca untuk mengelakkan berlakunya barbarisme.

“Wacana segar harus terus dihidupkan agar dapat melahirkan generasi pemikir yang versatil dan kritis.

“Saya berharap agar sistem itu dikekalkan dan dalam masa yang sama ia dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik agar mereka dibantu untuk melanjutkan pengajian,” katanya dalam Majlis Temu Anwar di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini.

Program Temu Anwar telah dilaksanakan sejak tahun 2009 dan terus mendapat sambutan sehingga kini. Program ini memberi peluang kepada anak muda mengemukakan pendapat dan soalan secara terus kepada Perdana Menteri.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda