Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Malam Agungnya Cinta Janji Kelainan – YIDE

By 18 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/YIDE

SHAH ALAM, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Buat julung kalinya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan mengadakan satu program makan malam amal dengan konsep ‘Kasihnya Baginda Kepada Anak-Anak Yatim’ yang akan dilangsungkan pada 17 September depan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Malam Agungnya Cinta (MAC 2023) Datuk Seri Muhamad Khanafi Hussin, progam tersebut mengabungkan elemen-elemen penceritaan dan persembahan nasyid islamik kontemporari yang mengetengahkan barisan artis baru dan lama seperti Hijjaz UNIC dan Naim Daniel.

‘Konsep penceritaan yang akan dibawakan adalah berkisar kisah Nabi Muhammad S.A.W yang mana Baginda merupakan anak yatim yang begitu kasih dan cinta kepada golongan berkenaan.

“Menariknya penceritaan ini akan diolah sendiri oleh Ikon Mahabbah YIDE, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan disertai oleh Pencetus Ummah Akram Ikrami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis pelancaran MAC 2023 serta memperkenalkan barisan artis dan penaja yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Khanafi berkata, YIDE menyasarkan kutipan sumbangan bernilai RM400,000 bersamaan 50 meja terjual.

“Alhamdulillah hari ini sahaja sebanyak 16 meja telah terjual dengan jumlah kutipan terkini RM145,000 merupakan satu permulaan yang sangat positif.

“Penaja yang membeli meja akan hadir ke MAC 2023 bersama dengan anak-anak yatim yang terdiri daripada syarikat korporat atau individu yang boleh menaja dengan nilai RM499 satu kerusi,” jelas beliau.

Katanya, hasil kutipan infaq melalui tajaan meja ini akan disalurkan ke dalam Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang sedang dalam pembinaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda