Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Shell LiveWIRE Bangun Bakat, Perkasa Komuniti Sarawak

By 18 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Chua (Sarawak)

KUCHING 18 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Anugerah Shell LiveWIRE Malaysia 2022 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, di sini baru-baru ini.

ā€œKerjasama antara TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak) dan Shell Malaysia dalam penganjuran program Shell LiveWIRE telah menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat dan pemerkasaan komuniti di Sarawak,ā€ kata Fadillah Yusof.

Lavinder Singh, 39 dari Satok Bridge Area Consulting Engineers, satu-satunya pemenang dari Sarawak menerima hadiah wang tunai tambahan RM20,000 daripada Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) sebagai motivasi untuk menyemarakkan lebih banyak penyertaan dari negeri ini.

ā€œProjek yang dibangunkan mula-mula pada Disember tahun lepas, EasyGrow merupakan satu projek hidroponik yang memudahkan semua menanam sayur-sayuran mengunakan baja organik. Ianya menggunakan tenaga solar, jadi tak perlu mengunakan sumber tenaga lain,ā€ jelas Lavinder.

ā€œHadiah ganjaran ini akan kami gunakan untuk membesarkan bisnes. Kami sekarang sedang membangukan satu lagi model untuk kegunaan di rumah. Objektif kami ada lah untuk perkenalkan pertanian mikro, tanam sayur d rumah, penjagaan yang minimun. Boleh tanam sendiri dan makan hasil tanaman sendiri,ā€ jelasnya.

Dalam pada itu, lebih 300 usahawan Sarawak telah menyertai program itu sejak diperkenalkan di Sarawak pada 2016 dan seramai 35 penerima telah menerima geran bernilai lebih RM100,000.

-ZS-

Tinggalkan komen anda