Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pejabat JAKOA Terbakar

By 5 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM Selangor

GOMBAK, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Sebuah premis yang dijadikan pejabat Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) di Batu 12, di sini terbakar dalam kejadian hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.35 petang

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Wangsa Maju telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah premis telah terbakar.

“Semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah pejabat Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) Kelas C berkeluasan 3,200 kaki persegi yang terbakar 80 peratus sementara sebuah kontena terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulfikar, kebakaran dapat dikawal jam 2.08 petang dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda