Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Adib Raih Emas Sulung Kejohanan Karate Brunei Darussalam

By 29 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Persatuan Karate Labuan

LABUAN, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Atlet Karate Labuan Adib Abdullah, 17, meraih emas sulung buat pasukan Karate Labuan dalam kategori Kumite Lelaki Junior-61kg pada Kejohanan Wadokai Karate Open Championship Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Menurut Ketua Jurulatih Karate Labuan Aswadee Taba, Adib yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan menumpaskan pesaing-pesaingnya dari Sarawak dan Brunei pada pusingan kelayakan dan bertemu dengan rakan sepasukan Mohamad Irfan Firdaus, 16, pada pusingan final.

“Dua lagi pingat perak disumbangkan Putri Nurbuhairah Norazlan, 14, dalam kategori Kumite Kadet Perempuan +47kg dan Muhammad Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal, 15, bagi kategori Kumite Lelaki Kadet +63kg,” katanya semasa ditemui media, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, Labuan juga berjaya membawa pulang tujuh pingat gangsa pada kejohanan yang berlangsung dari 25 hingga 27 Ogos lalu.

“Tujuh gangsa diperolehi melalui Mohamad Aqib Aimar Mohamad Affendi dalam kategori Individu Kata Lelaki 8-9 Tahun, Nuh Ramadhan dalam kategori Kumite Lelaki 6-7 tahun +20kg, Adelia Maisara Badruddin dalam Kategori Kumite Perempuan 8-9 tahun -20kg, Nur Aleesya Dayana Asmadie dan Nur Ariesya Dayana Asmadie dalam kategori Kumite Perempuan 10-11 Tahun +35kg, Muhammad Adil Badruddin dalam kategori Kumite Lelaki 12-13 Tahun +45kg dan Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi dalam kategori Kumite Kadet Perempuan 14-15 Tahun -47kg,” katanya.

Tambahnya, seramai 467 atlet karate dari Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Labuan dari pelbagai lapisan umur bermula 6 tahun menyertai kejohanan tersebut.

“Kejohanan ini amat penting bagi pembangunan sukan karate Labuan dan menilai prestasi sebelum menghadapi Kejohanan Karate Kebangsaan Kadet, Junior dan Bawah 21 Tahun 2023,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda