Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Simulasi Bencana PPS Tingkatkan Kecekapan Tugasan Menyelamat – Fahmi Fadzil

By 26 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Hafizee Md Hashim/Rajeswari Anbazagan

Kuala Lumpur, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Latih Amal dan Simulasi Bencana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mampu meningkatkan persediaan agensi penyelamat dan bantuan bencana.

“Simulasi perlu dilakukan supaya kita semua berada di tapak siap siaga dan kita tahu ia menjadi sebahagian daripada naluri kita sekiranya apa-apa bencana berlaku,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika merasmikan Program Simulasi PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswathy,” di sini semalam.

Latihan dan Simulasi PPS ini diadakan bagi memastikan persediaan rapi kepada semua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi-agensi terlibat supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap, bersepadu dan berkesan di PPS.

Menurut seorang sukarelawan JKM Megat Zainurul Anuar Megat Johari, 45, setiap petugas bukan sahaja memerlukan persediaan dari segi fizikal, malah mereka juga perlu melakukan persediaan dari segi mental dan emosi.

“Tugasan ini merupakan amanah kepada kita semua dan latihan simulasi ini juga akan menjadi panduan untuk masyarakat supaya dapat mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku bencana di kawasan tertentu,” katanya.

Jabatan Penerangan Kuala Lumpur turut memainkan peranan pengurusan Pusat Media termasuk menyediakan kad media rasmi dalam mengendalikan Sidang Media.

Program ini disertai seramai 300 orang peserta daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RELA, APM, Jabatan Kesihatan Daerah, PDRM, Jabatan Penerangan, Jabatan Pendidikan Negeri/Daerah, Sukarelawan JKM, Bomba dan komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda