Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Klien PUSPEN Perlu Merdekakan Diri daripada Najis Dadah

By 24 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JEaLEBU, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Membebaskan diri daripada penyalahgunaan najis dadah dan bahan terlarang adalah kemerdekaan sebenar bagi klien PUSPEN.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belom, jika klien berjaya dan kekal pulih itulah erti kemerdekaan buat mereka.

“Kami di sini hanya menjadi sistem sokongan untuk anda terus merdeka daripada najis dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan ‘Hiking’ Kemerdekaan 2023 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu, kelmarin.

Pada majlis tersebut klien PUSPEN Jelebu dengan penuh semangat patriotisme turut melakukan persembahan Kawad Kaki Bunga.

Antara aktiviti yang diadakan adalah mengibarkan serta melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan jabatan, ‘Hiking’ Kemerdekaan, melawat ladang nanas yang merupakan produk utama PUSPEN Jelebu dan menaiki rakit buluh.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lui
Mohd Razi Mohd Ali merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Jelebu dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Sabarudin Yeop Hamza.

-ZS-

Tinggalkan komen anda