Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Seni Tepung Logo Hari Kebangsaan 2023 Serlah Kreativiti Murid PPKI

By 24 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KUALA PERLIS, 24 Ogos (Malaysiaktif) – Sempena Hari Kebangsaan yang ke-66 pada tahun ini, para pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis telah menghasilkan produk magnet peti sejuk yang diperbuat daripada tepung jagung dan gam dengan tema logo Hari Kebangsaan 2023.

Menurut Guru Pembimbing bagi para pelajar tersebut Cikgu Zuraine Md Jas, hasil kerja 14 orang pelajar dengan tema Hari Kebangsaan bertujuan menanam semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar berkenaan.

“Pada masa yang sama ia menunjukkan bahawa walaupun mereka ini kekurangan daripada beberapa aspek tetapi mereka turut sama bersemangat untuk menyambut Hari Kebangsaan yang bakal tiba.

“Terdapat dua kumpulan dalam kelas PPKI ini iaitu kelas Delta yang merupakan gologan pelajar yang baru untuk memulakan projek seperti membancuh tepung, menguli dan membentuk objek daripada tepung dan kelas Omega pula mahir mengecat bentuk yang telah diuli tadi,” katanya.

Projek Clay Art (seni daripada tepung) di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis yang bermula sejak tahun 2016 ini bertujuan membimbing para pelajar yang kurang upaya dari segi pembelajaran atau kekurangan aspek fizikal ini telah banyak menerima tempahan untuk menghasilkan cenderamata daripada individu serta jabatan kerajaan dan swasta dari seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda