Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Pergiat Usaha Promosi TMM 2024

By 16 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

MELAKA, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Semua kenderaan rasmi Kerajaan Melaka akan ditampal pelekat Tahun Melaka Melaka (TMM) 2024 sebagai usaha mempergiat dan mempromosi sektor pelancongan di negeri tersebut.

“Hari ini kita mengedarkan pelekat kenderaan promosi TMM 2024 kepada semua kenderaan rasmi Kerajaan Melaka dalam mempergiatkan lagi usaha mempromosi sektor pelancongan.

“Kerajaan juga sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperindahkan serta menaik taraf produk-produk pelancongan serta memastikan premis-premis berada dalam keadaan yang baik, bersih, selesa dan yang penting kami akan utamakan perkhidmatan yang mesra dan cekap untuk semua pelancong-pelancong,” kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi TMM 2024 di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

“Semoga kejayaan TMM 2024 kelak menjadi kesinambungan kepada kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda