Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Nelayan Tekad Menabung Beli Jalur Gemilang

By 31 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Hadi Abdul Ghani (Sabah)

SEMPORNA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Demi semangat cinta negara seorang nelayan, Mohd Yunus P Madjirin, 56, tekad mengumpul wang bagi membolehkannya membeli bendera Jalur Gemilang.

Menurutnya, dia tidak mampu beli Jalur Gemilang banyak sekali gus kerana pendapatan yang tidak seberapa sebagai nelayan.

“Wang saku yang saya bawa untuk belanja di tempat kerja disimpan sedikit untuk tujuan tersebut.

“Jika ada wang lebih dan mencukupi saya gunakan untuk membeli bendera sehingga jumlahnya kini mencapai apa yang disasarkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Balimbang, di sini, semalam.

Tambahnya, sejak 10 tahun lalu dia dan isterinya Siti Mariam, 34, akan menghias kampung dengan Jalur Gemilang setiap kali tiba Bulan Kebangsaan.

“Kalau tidak hias kampung dengan bendera sebelum sambutan Hari Kemerdekaan terasa kehidupan kami seperti tidak lengkap dan rumah juga seakan-akan kosong.

“Biarlah kami tinggal di dalam rumah usang sekurang-kurangnya apabila dihiasi dengan Jalur Gemilang rasa meriah juga,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Madani Berjasa, Abdul Muluk Mohd. Yusup, 49, berkata masyarakat kampung diseru untuk mewarnai dan menghiasi rumah dengan Jalur Gemilang sempena Program Sambutan Malam Ambang Merdeka.

Program tersebut adalah anjuran Komuniti Madani Kampung Berjasa dan Komuniti Madani Kampung Selakan serta melibatkan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Balimbang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda