Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Festival Malaysia Merdeka Semai Semangat Patriotik

By 31 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Festival Malaysia Merdeka ke-66 Peringkat Mukim Pengkalan Hulu 2023 di Kampung Selarong mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar daerah ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Selarong Alias Hashim, 56, festival ini dianjurkan bagi menyemai semangat patriotik kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan remaja.

“Terdapat pelbagai acara yang disusun sempena festival ini dan semuanya terarah kepada semangat cintakan negara. Antaranya pertunjukan seni silat bangau putih, pertandingan basikal berhias, pertandingan mewarna dan pertandingan karaoke kenegaraan.

“Semoga program ini dapat menanam semangat patriotik dalam kalangan penduduk di sini,” ujarnya ketika ditemui.

Festival tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa turut melibatkan kerjasama daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu Safuan Saleh, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda