Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Program Semarak Gemilang Suburkan Semangat Malaysia Madani Menerusi Aktiviti Patriotisme

By 4 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Semarak Gemilang 2023 bertujuan untuk menyuburkan perasaan serta semangat Malaysia Madani menerusi aktiviti patriotisme dan pengukuhan jati diri yang tinggi kepada seluruh lapisan masyarakat.

Selari dengan tema Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malayisa (HKHM) 2023, Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, kata Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak semasa merasmikan program tersebut di Foyer Bangunan Sultan Iskandar di sini.

“Program ini bagus bagi menyemarakkan semangat Kemerdekaan dan kempen mengibarkan jalur gemilang untuk menyatakan rasa cinta kepada negara,” kata Muhammad Daniel Adam Janudin, 31, Pengarah Pembangunan Skim mySalam yang berasal dari Pulau Pinang.

Menurut, Sherry Belayong, 37, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pula, program sedemikian memberi manfaat kerana dapat mendekatkan agensi dengan rakyat dan membawa perkhidmatan kepada yang memerlukannya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda