Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sekolah Platform Terbaik Pupuk Semangat Patriotisme dalam Jiwa Pelajar

By 3 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Institusi sekolah merupakan platform terbaik bagi membentuk  semangat patriotik dan nilai-nilai murni generasi muda.

Sekolah juga bermulanya penyemaian sahsiah diri serta semangat kenegaraan kepada pelajar.

Menurut guru besar Sekolah Kebangsaan Mambau Hajah Azlina Zamli sambutan Hari Kebangsaan adalah suatu program yang dinanti-nantikan oleh para pelajar pada setiap tahun dan ia menjadi wadah bagi pihak sekolah untuk memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pelajar menerusi kibaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

“Bulan Kemerdekaan adalah tempoh waktu yang sangat sesuai untuk kita memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah.

“Pelbagai pengisian program dan aktiviti dijalankan samada anjuran pihak sekolah atau kerjasama dengan agensi luar seperti konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) ini,” katanya.

Katanya, ia dapat memupuk nilai murni bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian melalui penghayatan lirik yang terkandung dalam lagu patriotik yang didendangkan serta kemeriahan kenderaan peserta KMJG itu sendiri.

Lebih 500 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Mambau menyambut ketibaan 30 buah kenderaan konvoi KMJG Peringkat Negeri Sembilan 2023 yang dihias dengan kemeriahan Jalur Gemilang, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda