Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Badan Beruniform Contoh Terbaik Semangat Patriotisme dan Kesetiaan kepada Negara

By 4 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, semalam telah berjaya menampilkan kelainan.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, majlis tersebut menampilkan kelainan menerusi elemen patriotik yang disemarakkan bersama badan beruniform.

“Maka saya menyeru agar semangat seperti ini dapat dijadikan teladan sebagai contoh kesetiaan kepada negara dan negeri ini dalam kalangan semua lapisan rakyat di sini tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun perbedaaan agama,” tambahnya.

Dalam perkembangan yang sama, Leftenan Muda (Pertahanan Awam), Nur Izzati Romat, 26, berkata setiap badan beruniform yang menjayakan majlis tersebut mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

“Dalam masyarakat kita pula, kepelbagaian menjadikan kita sebuah negara yang unik, oleh itu, para belia harus terus memperjuangkan kemerdekaan Malaysia dan jangan terlampau leka dengan kemajuaan teknologi sehingga lupa tentang tanggungjawab kita sebagai rakyat yang harus memberi balik kepada negara,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda