Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sambutan Bulan Kebangsaan Pupuk Semangat Kemerdekaan Generasi Muda

By 18 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Jaitripta Kaur

SEREMBAN, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kebangsaan di Institusi Pendidikan Guru (IPG) mampu memupuk semangat patriotik dalam kalangan bakal pendidik.

Menurut Pengarah IPG Nilai Hanani Harun Rasit, sambutan Bulan Kemerdekaan ini merupakan inisiatif yang diambil bagi menyemai semangat cintakan negara dalam diri pelajar institusi ini yang merupakan bakal guru.

“Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah sebuah program yang dinanti-nantikan pelajar setiap tahun dan menjadi platform untuk kami memupuk semangat patriotik dan perpaduan di antara pelajar menerusi kibaran Jalur Gemilang.

“Sambutan seperti ini perlu diteruskan supaya generasi akan datang tahu bahawa negara ini mempunyai sejarah perjuangan dan pengorbanan,” katanya di sini baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti persembahan silat, tarian pelbagai kaum, nyanyian lagu patriotik serta pameran bahan-bahan penerbitan dan risalah daripada Pejabat Penerangan Daerah Seremban.

-ZS-

Tinggalkan komen anda