Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sambutan Jualan Agro Madani Nismilan Prihatin di Luar Jangkaan

By 24 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azuraini Abd Majid

PORT DICKSON, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Jualan Agro Madani Nismilan Prihatin bertempat di Dataran Kampung Pachitan, di sini semalam mendapat sambutan sangat menggalakkan dan di luar jangkaan oleh penduduk setempat.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun, jualan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban perbelanjaan penduduk setempat.

“Orang ramai tidak perlu bimbang akan bekalan barangan keperluan asas kerana ianya mencukupi serta tidak perlu membuat pembelian panik,” katanya.

Pelbagai barangan keperluan asas seperti beras putih tempatan, ayam, telur, ikan, tepung serta sayur-sayuran dijual dengan pengurangan harga sebanyak lima hingga dua puluh peratus. Hampir 1,500 pek beras putih tempatan, 800 papan telur dan 500 ekor ayam habis terjual dalam tempoh tiga jam.

Program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Veterinar dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bermula seawal pukul 7.30 pagi itu turut menghimpunkan pengusaha produk Industri Kecil Sederhana (IKS) dari sekitar Port Dickson.

-ZS-

Tinggalkan komen anda