Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Belia Aset Utama Mendokong Perpaduan

By 17 September 2023September 18th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Golongan belia merupakan aset utama dalam mendokong perpaduan dan memenuhi harapan negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Mohd Ismail generasi muda sering diperlukan dalam kegiatan-kegiatan yang memupuk persefahaman antara budaya, memerangi diskriminasi dan mempromosikan nilai toleransi.

“Belia juga diharapkan dapat membawa inovasi dan pembaharuan ke dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, teknologi dan pendidikan sekali gus sebagai penggerak pembangunan dengan idea-idea serta solusi baharu.

“Belia menjadi agen harapan untuk melestarikan persada Malaysia ini terus dipandang tinggi dan dihormati di sisi masyarakat antarabangsa,” katanya semasa merasmikan Program Citra Belia Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Labuan, di sini semalam.

Jelasnya, Program anjuran bersama PL dan Majlis Belia Labuan itu bercirikan perpaduan masyarakat majmuk yang diinspirasikan daripada Citrawarna Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini.

“12 kumpulan yang majoritinya disertai golongan belia menampilkan persembahan seni mempertahankan diri dan seni tarian bertemakan kesatuan dalam kepelbagaian melambangkan tanggungjawab kita mempertahankan negara,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek dan Presiden Majlis Belia Labuan Nazera Roslan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda