
Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)
KUCHING, 26 Sep (Malaysiaaktif) ā Penyertaan dalam kejohanan seni bela diri mampu digunakan untuk mencungkil bakat dan potensi seseorang pelajar itu.
Chin Boon Tek, 35, salah seorang guru pengiring bagi Kelab Tang Soo Do Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wira Penrissen, di sini kelmarin, berkata tujuan beliau membawa pasukannya menyertai pertandingan seni bela diri tersebut pada setiap tahun adalah untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar beliau di samping digunakan untuk menambah markah kokurikulum mereka.
Kejohanan Tang Soo Do ke-17 Peringkat Sarawak 2023 anjuran Persatuan Tang Soo Do Bahagian Kuching yang berlangsung di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Sarawak pada Sabtu hingga Ahad lalu disertai seramai 426 orang peserta.
Kejohanan tersebut menyaksikan SMK Arang Road, Kuching telah menjadi juara manakala naib johan dan tempat ketiga telah dimemangi oleh SMK Wira Penrissen dan SMK Lubok Antu.
Salah seorang peserta, Goh Jun How, 18, yang bertanding bagi kategori umur 18 tahun ke atas (tali pinggang hijau) berkata beliau gembira kerana buat kali pertama berjaya memenangi pingat emas bagi acara formasi.
-ZS-