Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Daerah Klang Laksana Simulasi Latihan Bencana

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Badarudin Shuib/Muhamad Hafiz Muhamad

KLANG, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Daerah Klang melaksanakan latih amal dan simulasi pengurusan bencana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masjid Al-Taqwa Kampung Bukit Kapar, di sini semalam.

Pegawai Daerah Klang Shahman Jalaludin, berkata program berkenaan mampu meningkatkan persediaan agensi penyelamat dan bantuan ketika menghadapi situasi bencana.

Katanya, program ini dapat meningkatkan tahap siap siaga dan koordinasi antara agensi yang terlibat serta orang ramai ketika berlaku bencana banjir.

“Matlamat utama program ini untuk memberikan pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam pengurusan PPS,” katanya.

Program berkenaan disertai 400 orang termasuk petugas daripada 13 agensi serta penduduk kampung melibatkan pengurusan masjid, ketua-ketua kampung dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara agensi yang menjayakan latihan ini ialah Pejabat Daerah/Tanah Klang, Angkatan Pertahanan Awam Klang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM),  Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Turut terlibat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Jabatan Kerja Raya Klang, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, JKM Klang, Jabatan Penerangan, Air Selangor serta JiCA SeDAR Malaysia-Japan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda