Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Program Santuni Rakyat Eratkan Silaturahim antara Pemimpin dan Masyarakat Luar Bandar

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

SEBUYAU (SEBANGAN), 18 Sep (Malaysiaaktif) – Program Santuni Rakyat yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Haji Bujang, di sini semalam berjaya mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat luar bandar.

Ibu tunggal dari Kampung Tungkah Melayu yang merupakan salah seorang penerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Baikpulih Rumah, Salhah Sulai, 60, sangat gembira dengan keprihatinan kerajaan yang sentiasa berusaha membantu serta meringankan bebannya.

“Saya tidak mempunyai pendapatan dan memang memerlukan bantuan untuk membaikpulih rumah yang telah dibina pada 2011,” katanya.

Sementara itu, Norhayati Abdullah, 54, meluahkan perasaan teruja beliau untuk berjumpa sendiri dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang melawat dan menyantuni masyarakat di Sebuyau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda