Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Gotong-Royong Perangi Denggi Tumpu Kawasan Berisiko

By 11 September 2023September 13th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)

BAGAN DATUK, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Pelbagai jabatan dan agensi menjayakan Program Gotong Royong Kebersihan Cegah Denggi yang diadakan di Lorong Arul, Jalan Sabak Bernam, di sini baru-baru ini.

Program anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang itu dilaksanakan ekoran penularan kes demam denggi di kawasan itu.

Program tersebut memberi tumpuan untuk memusnahkan kawasan berisiko bagi pembiakan nyamuk Aedes.

Pegawai Kesihatan Daerah Dr Mohd Zaruddin Mat Said menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat kerana aktiviti gotong royong yang dianjurkan berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

“Saya juga berharap usaha menjaga kebersihan di kawasan ini akan diteruskan oleh penduduk setempat,” katanya ketika ditemui di lokasi kelmarin.

Sementara itu, ADUN Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy berkata setiap ahli dalam sesebuah komuniti perlu bekerjasama menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

“Kerjasama ini amat penting demi memastikan aspek kesihatan dan keselematan kita terus terjaga,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda