Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

SMKKPPI Juara Negeri, Wakili Perak ke Peringkat Kebangsaan

By 11 September 2023September 13th, 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Perak)/Liza Imelia M. Sulanah (Larut Matang & Selama)/Mohammad Ezwandi (Perak)

TAIPING, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023 Peringkat Negeri Perak di Taiping Mall pada Sabtu lalu menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Pasir Puteh, Ipoh (SMKKPPI) muncul juara sekaligus melayakkan mereka untuk mewakili Perak ke peringkat kebangsaan pada Oktober depan.

Menurut guru pembimbing SMKKPPI Zubaidah Ali, keputusan itu nyata mengejutkan.

“Kami tidak menjangkakan akan menang kerana saingan yang ditunjukkan oleh sekolah lain sangat hebat namun bersyukur terpilih menjadi juara dan layak ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan (JaPen) Hazlianayati Sudin selaku ketua juri berasa kagum dengan semangat dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh peserta.

“Tahniah diucapkan buat SMKKPPI dan diharap berjaya melangkah ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan. Beberapa aspek perlu diperbaiki termasuk garapan plot yang menyeluruh menepati konsep 5W1H selain hubungan realitistik antara watak, emosi, ekspresi tubuh, lontaran vokal dan permainan ruang,” katanya.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak Mohd Azlan Helmi Helmi.

Menurutnya, inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi JaPen menubuhkan Kelab Malaysiaku di peringkat sekolah dan menganjurkan pertandingan berteraskan Rukun Negara merupakan landasan terbaik kepada pelajar untuk terus menghayati dan mengamalkan kesemua prinsip tersebut.

“Pertandingan ini bukan saja mendidik pelajar untuk memahami dan membudayakan prinsip Rukun Negara bahkan mencungkil bakat terpendam mereka khususnya dalam seni lakonan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda