Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hari Bertemu Rakyat Platform Merakyatkan Perkhidmatan Awam

By 15 September 2023September 29th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman/Noraidah Md She (Jasin)

MELAKA, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Hari Bertemu Rakyat ‘Open Day’ Kerajaan Negeri Melaka merupakan salah satu platform bagi merakyatkan perkhidmatan awam di negeri itu.

“Ini menunjukkan bahawa pentadbiran kerajaan negeri benar-benar komited dan mengambil serius terhadap semua aduan dan pandangan yang diutarakan oleh seluruh rakyat di negeri ini dan pentadbiran ini juga memastikan perkhidmatan-perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancer.

“Sebanyak 90 jabatan dan agensi membuka kaunter bagi menerima aduan dan menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat,” katanya.

Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, berkata demikian semasa berucap di majlis tersebut di Melaka International Trade Centre (MITC), di sini semalam.

“Selain itu terdapat juga reruai pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan, kaunter pemeriksaan gigi, saringan kesihatan, dan kaunter saringan kanser bagi yang berumur 40 tahun dan ke atas.

“Kita juga bawakan Jualan Rahmah dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Melaka dan jualan kendera saji bagi memeriahkan lagi program pada hari ini,” ujarnya.

Antara perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan di program anjuran Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) dan Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) adalah kaunter pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pembayaran saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kaunter-kaunter perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

-ZS-

Tinggalkan komen anda