Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lima Agensi Kerajaan Terim Anugerah Sijil Pencapaian Cemerlang Kewangan

By 15 September 20232 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Nurfariza Farnoh (Melaka Tengah)

MELAKA, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Lima agensi kerajaan telah dianugerahi Sijil Pencapaian Pembayaran Kewangan Cemerlang dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bulan September 2023 di Dewan Melaka International Trade Centre (MITC) di sini semalam.

Menurut Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh, lima jabatan tersebut telah berjaya menyelesaikan pembayaran bil dalam tempoh tiga hari bekerja mengikut arahan yang telah ditetapkan melalui surat Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka yang bertarikh 29 Julai 2020.

“Kerajaan Negeri Melaka sentiasa menekankan kecekapan pengurusan kewangan kepada semua agensi kerajaan di mana salah satu elemen pengurusan kewangan yang berkaitan adalah pencapaian pembayaran bil dalam tempoh masa yang telah dinyatakan.

“Agensi-agensi yang telah menerima penganugerahan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri Melaka, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka yang meliputi jumlah amaun pembayaran tertentu,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda