Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hasil Inovasi Jadi Tumpuan Hari Terbuka PPDHS

By 12 September 2023September 13th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ameer Rithauddin Roslan (Hulu Selangor)

KUALA KUBU BHARU, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 20 buah sekolah rendah dan menengah menyertai pameran bersama hasil inovasi masing-masing sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor (PPDHS) yang berlangsung, di sini baru-baru ini.

Datuk Ruslee Hashim, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Daerah Hulu Selangor, menzahirkan rasa kagum dengan semangat serta usaha gigih para pelajar dan guru-guru dalam mengetengahkan hasil inovasi masing-masing hingga berjaya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sempena tema tahun ini ‘Pendidikan Masa Hadapan’ saya turut berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dan sokongan padu berterusan bagi menambah lebih ramai lagi murid-murid yang hebat dalam mencipta inovasi merangkumi seluruh sekolah di daerah Hulu Selangor selain pencapaian akademik yang cemerlang,” katanya ketika merasmikan Hari Terbuka PPDHS.

PPDHS menganjurkan hari terbuka untuk orang ramai khususnya golongan ibu bapa dan pelajar untuk memberi peluang berinteraksi secara bersemuka mengenai hal ehwal akademik anak-anak mereka.

Pelbagai pengisian menarik telah berlangsung antaranya pameran hasil inovasi kaedah pembelajaran ‘seed planted paper’ ceramah mengenai teknologi pendidikan serta persembahan dari bakat-bakat cilik yang memenangi pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda