Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPT Sokong Usaha Pendigitalan TVET

By 12 September 2023September 14th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa menyokong setiap usaha pendigitalan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di institusi-institusi TVET di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata KPT akan memberi sokongan dan memastikan ia berjaya dilaksanakan untuk menarik minat rakyat.

“Perlu bangunkan minat di kalangan rakyat dan pelajar bahawa masa depan dan pekerjaan baharu banyak berkisar kepada kemahiran.

“Salah satu institusi yang menyediakan pekerja berkemahiran adalah politeknik di samping institusi-institusi kementerian lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutup Minggu TVET DIGITAL POLYCC di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail.

Menurutnya, KPT akan berusaha merealisasikan peruntukan yang dipohon dalam usaha memperkasakan pendigitalan TVET berjumlah RM15 juta menerusi Bajet 2024.

“Seseorang itu memang perlu mempunyai samada kelulusan pendidikan atau kemahiran untuk pergi lebih jauh.

“Hari ini melalui pelaksanaan pendigitalan ini, kita ingin tunjukkan seronoknya belajar kemahiran di institusi TVET,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda