Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Ibu Bapa Pendorong Kejayaan Muhammad Shamer

By 20 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suhaidiah Sulim

NILAI, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Aktif dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) sebagai Naib Yang Dipertua menjadi nilai tambah dalam mengasah bakat kepimpinan Muhammad Shamer Yusha Muhamad Yusof, 21, yang dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Ketua Pengarah, di sini kelmarin sempena Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 bagi Zon Melaka dan Negeri Sembilan.

Pelajar Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan yang menerima anugerah daripada ‘Immediate Past President’ (presiden terdahulu yang terdekat) Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) Tan Sri Datuk Seri Sufri Haji Mohd Zin serta bercita-cita menjadi kontraktor, berkata dorongan ibu bapa dan latar belakang keluarga yang terlibat dalam bidang pembinaan menjadi penguat semangatnya untuk berjaya.

“Selain bergiat aktif bersama JPP, saya juga sering terlibat dalam pertandingan inovasi sama ada yang dianjurkan oleh pihak kolej ataupun agensi luar. Antara kejayaan yang pernah dicapai ialah memenangi kategori 3D Model Terbaik di Pertandingan 3D melalui produk ‘Revit Structure’.

Shamer turut diakui sebagai pelajar yang sentiasa memberi komitmen tinggi di dalam kelas.

“Para pensyarah sememangnya sedia maklum dengan penglibatan Muhammad Shamer dalam JPP namun sepanjang pengajian, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar.

“Malah, Muhammad Shamer juga aktif di dalam kelas dan sering menjadi rujukan rakan-rakan,” jelas Pensyarah Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan KKJU Sarah Abdul Hamid.

Majlis penuh gilang-gemilang ini berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 18 hingga 21 September ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda