Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Karnival Kampung Makam 2023 Meriah      

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Ashikin Mustafa

KOTA TINGGI, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Malaysia 2023 pada 16 September di sini Sabtu lalu meriah dengan penganjuran Karnival Kampung Makam 2023 bertempat di kawasan meletak kenderaan Pangkalan Kota, Kampung Makam.

Pelbagai aktiviti telah diadakan dari pagi sehingga petang melibatkan kanak-kanak dan dewasa seperti pertandingan gubahan kain batik merdeka, pakaian patriotik, hiasan basikal jalur gemilang dan teka berat kambing bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor merangkap ADUN Johor Lama Norlizah Noh dalam ucapannya menyeru semua penduduk untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pada setiap hari dan bukan pada hari ini sahaja.

“Saya berharap agar sambutan Hari Malaysia di sini diteruskan lagi pada masa akan datang dan pengisisan program boleh dipadatkan lagi dengan pelbagai pengisian berkaitan Hari Malaysia serta lebih banyak agensi dilibatkan,” ujarnya.

Pameran dari agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi turut diadakan bagi memberi penerangan kepada penduduk setempat tentang fungsi-fungsi jabatan dan agensi kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda