Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Arca Pasir Logo Hari Kebangsaan Catat Sejarah Malaysia Book of Records

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 18 Sep (Malaysiaaktif) –  Pulau Langkawi mencatatkan sejarah apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR) dalam acara pembinaan arca pasir bertemakan ‘Most Merdeka Logo Sand Sculpture’ anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi bersama Jabatan Pertahanan Awam Langkawi sempena sambutan Hari Malaysia 2023 di Pantai Chenang, di sini kelmarin.

Program yang disertai seramai 625 orang daripada 97 agensi pelbagai sektor iaitu sektor kerajaan, swasta, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan serta individu itu telah berjaya mencipta arca pasir berbentuk 37 Logo Tema Hari Kebangsaan Negara yang lalu.

Menurut Pegawai Daerah Langkawi Datuk Abdul Gafar Yahya, sambutan Hari Malaysia ke-60 Peringkat Daerah Langkawi adalah satu Kolaborasi Inovasi di antara semua pihak di daerah Langkawi.

“Kita melihat bahawa permuafakatan dan apa yang dilaksanakan pada hari ini adalah satu pendekatan baharu yang berjaya menghimpun pelbagai sektor dan agensi,” ujarnya.

Menurut Pegawai Pertahanan Daerah Langkawi Kapt (PA) Ahmad Shahfikri, setiap peserta telah diberikan masa dua jam untuk menyiapkan setiap arca.

“Ini telah dipersetujui oleh pihak MBR untuk dibuktikan dan diberikan sijil sebentar tadi,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda