Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kempen ‘Ini Batik Malaysia’ Diperluas ke Luar Negara

By 9 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) semalam menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) memperluaskan Kempen ‘Ini Batik Malaysia’ ke luar negara.

Kerjasama strategik antara Kraftangan Malaysia dan tiga persatuan pengendali umrah pada hari ini, iaitu Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA MALAYSIA) dan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggalakkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia sekali gus memperkenalkan warisan dan lambang identiti Malaysia itu kepada rakyat luar negara.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan bersama media sempena kempen ‘Ini Batik Malaysia’ bagi menyebarluaskan dan menjadi medium sumber maklumat kepada masyarakat mengenai Batik Malaysia.

“Diharapkan juga kita semua dapat membezakan antara ‘batik original’ dan ‘batik printed’. Pihak kraftangan telah membuat pelbagai promosi dengan usahawan-usahawan melalui media sosial serta demontrasi bagi mengenali Batik Malaysia,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Abdul Halim Ali antara panel sesi soal jawab bersama media.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC Datuk Mohd Zamri Mat Zain dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Haji Ramli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda