Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

KOMTIS Pemangkin Komuniti Lestari, Masyarakat Berinfomasi

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)

KUALA LINGGI, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) peringkat Negeri Melaka 2023 telah berlangsung di Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, di sini semalam mampu menjadi pemangkin kepada komuniti lestari dan masyarakat berinfomasi.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap Ahli Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Rosli Abdullah, program tersebut diadakan supaya menjadi satu medium merapatkan hubungan agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

“Penduduk sekitar Kuala Linggi dan seluruh peserta program amat bertuah kerana berpeluang mendapatkan info terkini dan semasa melalui taklimat dan perkongsian daripada pihak Pejabat Kesihatan Alor Gajah dan Polis Diraja Malaysia,” ujarnya.

Antara pengisian program ini adalah gotong-royong membersihkan pantai dan tapak warisan Kota Bukit Supai, pemeriksaan kesihatan, ziarah kasih Madani, taklimat pencegahan wabak Aedes dan jenayah siber.

-ZS-

Tinggalkan komen anda