Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sumbangan Pelbagai Pihak Penting untuk Kelangsungan Pusat Pengajian Ibnu Razak

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Muhd Hafizi Zainal (Jempol)

JEMPOL, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Sumbangan pelbagai pihak sangat penting dalam mempersiapkan anak-anak generasi hadapan berjiwa muhibbin (rumah pencinta), rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna) dan muslihin (yang memulihkan).

Menurut Pengurus Pusat Pengajian Ibnu Razak Luqman Abd Razak sumbangan dan dana pelbagai pihak penting bagi memastikan pusat tersebut terus beroperasi dan berfungsi demi kelangsungan anak-anak yang memerlukan perkhidmatan.

“Setiap yang hadir ini juga adalah rezeki. Kami di sini dalam keadaan bersederhana dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Program Jiwa Murni bersama Komandan Brigedier Rejimen 508 Askar Wataniah dan 50 orang anggota askar wataniah telah diadakan di Pusat Pengajian Ibnu Razak, Kampung Serting Ulu, di sini semalam.

Komander Rejimen 508 Askar Wataniah, Yang Amat Mulia Kolonel Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz turut berkenaan hadir pada program tersebut.

“Syukur alhamdulillah kami sangat berbesar hati dan berasa sangat bertuah atas kehadiran Tunku untuk bersama-sama dengan para pelajar dan pihak pengurusan kami pada hari ini.

“Kehadiran Tunku beserta tetamu bukan sahaja dapat menghubungkan ukhwah bahkan secara tidak langsung para pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf dan yatim yatim ini juga dapat disantuni,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda