
Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)
MELAKA, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Sesi Dialog Awam Bajet 2024 kerajaan negeri Melaka telah berlansung di Hotel Ames, Ayer Keroh, di sini kelmarin.
Menurut Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, beliau komited mendengar pandangan serta cadangan yang diberikan demi garapan dan rangka pelan untuk mendapatkan hasil dalam membangunkan Negeri Melaka melalui bajet yang mampan.
“Program seumpama ini buat julung kalinya telah diadakan dengan mengumpulkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, ketua-ketua jabatan, para pemimpin tempatan, pengusaha industri serta agensi-agensi melalui sesi dua hala dalam memastikan aspirasi kerajaan negeri dapat direalisasikan.
“Selain itu, sesi seperti ini wajar diteruskan serta diperluaskan agar idea dan buah fikiran dapat dikongsi bersama demi menggapai hasrat kerajaan negeri memastikan bajet secara inklusif dan mampan tercapai,” ujarnya.
-ZS-