Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Loji Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Malaysia Mula Beroperasi

By 22 September 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yuszairee (Hulu Selangor)

BUKIT TAGAR, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Loji Tenaga Boleh Baharu (TBB) terbesar di Malaysia yang terletak di Bukit Tagar Enviro Park (BTEP), Hulu Selangor dengan kapasiti 12 Megawatt (MW) telah mula beroperasi.

Projek ini merupakan inisiatif Syarikat Berjaya Enviro Park Sdn Bhd (BEPSB) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dalam melestarikan sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif di Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, berkata loji ‘Waste to Energy’ (WtE) atau ‘Sisa kepada Tenaga’ merupakan salah satu kaedah merawat sisa pepejal dan pada masa sama menjana tenaga boleh baharu.

Menurutnya, tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar atau Bukit Tagar Enviro Park (BTEP) telah beroperasi sejak April 2005, direka bentuk untuk melupuskan sisa pepejal sebanyak 2,500 tan sehari serta mempunyai jangka hayat melebihi 40 tahun.

“Sehingga kini, BTEP telah mengurus dan melupuskan kira-kira 17 juta tan sisa pepejal dari kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Ia berupaya menukarkan gas metana daripada sisa pepejal kepada tenaga baharu (Renewable Anergy) dengan 339 juta KWJ tenaga elektrik dapat disalurkan ke grid nasional.” katanya ketika lawatan kerja ke BTEP seterusnya merasmikan loji TBB, di sini kelmarin.

Katanya, sumber BTEP juga merupakan pengeluar tenaga boleh baharu daripada gas tapak pelupusan yang terbesar di Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda