Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pendidikan Sistem Pilihan Raya Diterapkan di Peringkat Akar Umbi

By 19 September 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Saziana/Muhammad Arief

CAMERON HIGHLANDS, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 110 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet diberi pendedahan berkaitan sistem pilihan raya di Program Pendidikan Kelab Malaysiaku Negeri Pahang oleh Akademik Pilihan Raya Malaysia, di sini semalam.

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sanusi Mohd Noor, 56, penglibatan semua pelajar dalam program ini sangat penting kerana pendidikan perlu diterapkan di peringkat akar umbi sekolah.

“Pelajar merupakan generasi yang akan terlibat dengan proses mengundi apabila mereka mencapai usia 18 tahun.

“Aktiviti seperti ini juga sangat bagus dilaksanakan lagi pada masa hadapan kerana dapat membuka mata pelajar untuk melihat sendiri bagaimana proses dilakukan terutamanya kepada para pelajar tingkatan empat dan lima yang bakal mengundi tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Seorang pelajar yang ditemui, Khemendra Karuppiah, 16, berasa gembira dan bangga kerana didedahkan dengan pendidikan di luar kelas seperti ini.

“Ia dapat memberi pengalaman yang baharu untuk merasai sendiri proses mengundi ini dari awal sampailah ke akhir dan memahami sistem pengundian di negara kita,” katanya.

Selain mendengar ceramah dan melakukan simulasi mengundi oleh Ketua Program (Pendidikan Pengundi) Akademi Pilihan Raya Rizuan Md Drus, bahan penerbitan secara percuma juga diedarkan kepada para pelajar oleh Pejabat Penerangan Daerah Cameron Highlands.

-ZS-

Tinggalkan komen anda