Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pesta Tanglung dapat Sambutan Pelbagai Kaum

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Pesta Tanglung 2023 di Taiping Sentral Mall, di sini pada Sabtu bukan sahaja disambut meriah oleh masyarakat Cina bahkan turut mendapat sambutan daripada pengunjung berbilang kaum dan agama.

Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh, berkata perayaan ini disambut di pelbagai lokasi sekitar Taiping dan mendapat sambutan serta sokongan yang padu daripada masyarakat pelbagai kaum selain daripada kaum Cina.

“Hal ini selaras dengan saranan kerajaan perpaduan yang sentiasa menyatupadukan semua kaum dan perayaan yang disambut adalah cara yang paling tepat untuk mengumpulkan kita demi mengekalkan keharmonian negara,” ujarnya ketika berucap merasmikan majlis.

Turut berlangsung pertandingan mewarna, perarakan membawa tanglung mengelilingi Taiping Sentral Mall dan Lotus Taiping serta persembahan pembukaan majlis.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam Ong Seng Guan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda