Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

RM12 Juta Disalurkan kepada MDEC

By 29 September 2023Oktober 4th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan inisiatif Pemangkin IP360 Metaverse sebagai langkah untuk mengembangkan potensi ekonomi digital negara.

Melalui inisiatif tersebut, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM12 juta kepada MDEC sebagai insentif untuk memajukan program Metaverse dan XR.

Berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF 2023), Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), YBhg. Datuk Mohamadd Fauzi bin Md Isa berkata, Malaysia berada di hadapan dalam sektor inovasi digital.

“Metaverse bukan sahaja akan menawarkan dimensi baharu dalam hiburan dan interaksi sosial, ia juga bakal berfungsi sebagai platform untuk pendidikan, penjagaan kesihatan, perniagaan dan pelbagai sektor lain.

“Kami juga membayangkan metaverse yang inklusif, selamat dan pada masa yang sama sesuai dengan nilai dan budaya masyarakat kita,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran MYDCF 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, acara ini menandakan tahun ke-4 MDEC menyediakan ruang di mana individu kreatif dan berbakat boleh melibatkan diri dan mempamerkan program mereka di ruang digital ini.

“Hampir 90 peratus pekerja dalam industri digital negara telah menghasilkan kandungan terkenal dan berkualiti seperti Didi & Friends, Ejen Ali, BoboiBoy, Mechamato, Upin dan Ipin dan sebagainya.

“Sektor ini merupakan faktor penting dalam ekonomi negara, dan menjana kira-kira 5 bilion ringgit setiap tahun dan telah mewujudkan lebih daripada 2000 pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya.

Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF) telah berlangsung dari 27 September 2023 hingga 1 Oktober 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

-ZS-

Tinggalkan komen anda