Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

WAPO Bantu Jana Ekonomi Wanita Pulau Omadal

By 5 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Hadi Abdul Ghani/Roziah Jalalid (Sabah)

SEMPORNA, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) giat membantu mengatasi kemiskinan dalam kalangan penduduk kampung terutama golongan wanita di Pulau Omadal.

Menurut Pengerusi WAPO Roziah Jalalid, 33, kemahiran yang dimiliki penduduk telah menghasilkan pelbagai produk kraf dan memberi peluang kepada wanita Bajau Omadal meningkatkan pendapatan mereka.

“Disebabkan permintaan produk kraftangan semakin meningkat, kaum wanita tidak perlu lagi mengikuti suami mereka menjadi nelayan.

“Selain itu, usaha ini dapat membantu mengekalkan tradisi anyaman tikar pandan atau ‘tepo’ dalam bahasa Bajau Semporna,” katanya ketika ditemui di Pulau Omadal, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pegawai Taman Marin Tun Sakaran Ghazali Ladja Hindi memuji usaha WAPO dalam meningkatkan ekonomi penduduk di pulau tersebut.

“Usaha WAPO ini dapat menghidupkan kembali pembuatan tepo serta mengekalkan tradisi dan warisan budaya Bajau Omadal.

“Kemahiran yang ada dalam pembuatan tepo telah banyak mengubah aktiviti penduduk setempat bersama Persatuan WAPO ini,” kayanya.

Seorang suri rumah, Siti Sarina, 60, menceritakan di awal penglibatannya dalam aktiviti anyaman ‘tepo’ adalah untuk kegunaan sendiri.

“Apabila pengunjung datang dan melihat hasil kraftangan yang cantik di rumah saya, mereka tertarik dan mula membuat tempahan.

“Saya berharap mana-mana anak muda yang ada di pulau ini terus aktif menganyam kerana tikar ini satu kraftangan yang unik dan indah,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda