Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanVideo

Sambutan Malam Ambang Merdeka Peringkat Sarawak 2023

By 5 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Mohamad Farid Izwan/Mohamad Hasif (Sarawak) 

MUKAH, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Ambang Merdeka 2023 peringkat Sarawak yang berlangsung di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah semalam menyaksikan ribuan pengunjung sekitar Mukah dan luar Mukah membanjiri untuk sama-sama menyaksikan Konsert Rakyat Malam Ambang Merdeka 2023.

Pelbagai acara menarik yang dipersembahkan pada malam tersebut. Antaranya, persembahan pentas dari kumpulan Sri Ritma Borneo Mukah, Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS), artis-artis tempatan seperti Bob Yusof, Ricky Andrewson, Rozie Mila, Eddie Kuwing, Raymond Enyau, Raquel Then, A’llan Ezra Maradona dan turut diiringi Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (S.O.N.S)

Sambutan Ambang Merdeka 2023 tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2023, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Hadir sama menyaksikan kemeriahan sambutan Ambang Merdeka 2023 itu ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-timbalan Menteri Sarawak, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Residen Mukah Kueh Lei Poh serta tetamu jemputan lain.

Menarik perhatian, seramai 15 finalis Ratu Kebangsaan tampil memperagakan kepelbagaian busana tradisional etnik di Sarawak bagi merebut gelaran Ratu Kebangsaan 2023.

Manakala bagi acara kemuncak, persembahan bunga api telah menerangi Dataran Pehin Setia Raja dan memukau orang ramai yang hadir.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda