Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

100 Berjaya Dapatkan Lesen B2 Secara Percuma

By 9 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:  Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir/Nor Sofian Abdul Manan

SEGAMAT, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang peserta telah berjaya melepasi ujian memandu kelas B2 dan mendapat lesen secara percuma ketika Program eKASIH MyLesen B2 dan Program Hari Bertemu Rakyat Parlimen Sekijang yang diadakan di Dewan Masjid Bandar IOI Segamat, semalam.

Program yang telah dirasmikan oleh Napsiah Khamis selaku wakil rasmi kepada Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Zaliha Mustafa ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi mendapatkan lesen memandu secara percuma.

Salah seorang peserta Ridzuan Abdul, 23, berharap agar program seperti ini dapat dilakukan secara berkala supaya dapat merapatkan hubungan antara Ahli Parlimen dengan masyarakat.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik diadakan sepanjang program berlangsung antaranya adalah pameran agensi, Program Jualan Rahmah, peluang pekerjaan dan Kaunter Bergerak Jabatan Pengangkuitan Jalan (JPJ Mobile).

Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Segamat Dr. Zaid Kassim, Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Segamat Noorma Ismail, Pegawai Penerangan Daerah Segamat Nor Sofian Abdul Manan, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat Mohamad Kamil Helmi Mohd Pang dan ketua–ketua jabatan serta agensi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda